Penang International Paddy Festival 4.0  |  Paddy Sculpture Competition 1.0

Jerami Padi competition new-05-05.png
new date-02.png
logo-03.png

Anugerah Ketua Menteri

Negeri Pulau Pinang

RM30,000

Anugerah Emas

RM10,000

Anugerah Perak

RM8,000

Anugerah Gangsa

RM5,000

Anugerah Kreatif

RM5,000

abstract-brown-background-text-space.jpg

Paddy Straw Sculpture Competition 1.0

(This section is written in Bahasa Melayu)

 

Pertandingan Arca Jerami Padi 1.0

Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang 4.0 kini kembali buat kali-4 selepas 2 tahun akibat pandemik wabak Covid-19. Festival ini meraihkan musim menuai padi dan warisan budaya serta keindahan alam semulajadi di Kampung Terus, Penanti, Permatang Pauh, Seberang Perai, Negeri Pulau Pinang.

 

Bersempena dengan sambutan Pesta Padi Antarbangsa Pulau Pinang selama 3 hari di Kampung Terus, aktiviti-aktiviti menarik tradisi kampung seperti Bazar Makanan Tradisi, Permainan Tradisional, Kesenian, Kraftangan, Pameran Padi dan Cruise Sungai turut diadakan.

 

Acara kemuncak tahun ini merupakan Pertandingan Arca Jerami Padi gergasi yang julung kalinya dianjurkan di Pulau Pinang dengan penyertaan pasukan-pasukan undangan dari Pulau Pinang dan negeri-negeri lain, untuk menyandang juara berprestij Anugerah Ketua Menteri Pulau Pinang.

 

Setiap tahun, petani memastikan sisa jerami padi, selepas dituai diguna semula sebagai makan kepada binatang ternakan, memperbaiki tanah atau membakar selepas kegiatan menuai. Ini seterusnya menyebabkan pencemaran udara dan pelepasan karbon ke atmosfera. Dengan itu, penduduk Penanti bertekad mengurangkan kesan pencemaran dengan mengumpul jerami padi dan dijadikan seni arca gergasi. Ini secara tidak langsung mengitar semula sisa buangan padi, mewujudkan produk pelancongan kampung dan menpergiatkan ekonomi setempat.

Jerami Padi competition new-04.png

Anugerah Ketua Menteri

Negeri Pulau Pinang

RM30,000

 

Anugerah Emas

RM10,000

Anugerah Perak

RM8,000

Anugerah Gangsa

RM5,000

Anugerah Kreatif

RM5,000

Japanese-straw-sculptures-TRexFrame.jpg
these-giant-rice-straw-animal-sculptures-in-wara-art-festival-are-absolutely-awesome_14.jp
Wara-art-festival-japan-10.webp

Objektif

  • Mencungkil bakat-bakat tempatan untuk menghasilkan arca gergasi menggunakan sisa Jerami Padi yang biasanya dibakar selepas musim menuai

  • “Upcycle” sisa-sisa Jerami untuk dijadikan gubahan seni

  • Menjadikan arca gergasi Jerami Padi sebagai satu tarikan pelancongan ke Penanti dan Pesta Padi Antarangsa Pulau Pinang.

  • Menjadikan acara ini sebagai salah satu aktiviti “Fringe” George Town Festival 2022.

Tema

Heritage of Paddy with Wonders of Nature

Warisan Padi dan Keajaiban Alam

 

Kekayaan warisan sejarah padi di Penanti memang tidak dapat dinafikan, berserta dengan kehijauan alam, sungai dan tanah lembab di sekitar Air Hitam Dalam yang menarik burung migrasi bersinggah, berteduh dan mencari makanan.

 

Berdasarkan kekayaan warisan sejarah padi dan keindahan alam, tema ini bersesuaian untuk mencungkil bakat para peserta demi menghasilkan karya seni arca yang dapat menggambarkan tema tersebut.

shadow-tree-branch-brown-wall.jpg

Tarikh-tarikh Penting

19 May 2022 (Khamis)

Pengumuman Pertandingan Arca Jerami Padi 1.0

 

8 Jun 2022 (Rabu)

Penghantaran Borang Pendaftaran DITUTUP

pada pukul 11.59 malam

 

9 Jun 2022 (Khamis)

Sesi taklimat peserta (Online)

 

16 Jun 2022 (Khamis)

Tarikh Akhir Penghantaran Lakaran Konsep, 11:59pm

 

28 Jun 2022 (Selasa)

Pengumuman Peserta ‘Top Selections'

 

11-21 Julai 2022

  • Pembinaan Arca Jerami Padi di tapak pameran oleh peserta-peserta Top 10

  • Waktu 8 pagi – 7 petang (setiap hari)

  • Kecuali pada 21 July 2022 (sampai 12 Tengahari)

 

21 Julai 2022 (Khamis)

Hari terakhir untuk menyiapkan Arca Jerami Padi di tapak pameran (12 Tengahari)

21 Julai 2022 (Khamis)

  • Sesi Penjurian (3:30pm)

  • Lawatan Media

 

22 Julai 2022 (Jumaat)

  • Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang 4.0 dibuka kepada orang awam

  • Program dan Aktiviti Harian

  • Pameran Arca Jerami Padi

 

23 Julai 2022 (Sabtu)

  • Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang 4.0 dibuka kepada orang awam

  • Program dan Aktiviti Harian

  • Pameran Arca Jerami Padi

 

24 Julai 2022 (Ahad)

  • Padi Antarabangsa Pulau Pinang 4.0 dibuka kepada orang awam

  • Program dan Aktiviti Harian

  • Pameran Arca Jerami Padi

  • Upacara Penutup Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang 4.0 & Sesi Penyampaian Hadiah

abstract-brown-background-text-space(1).jpg

Syarat-syarat Pertandingan

icon-14.png

Saiz Arca Jerami Padi

  • Minima 3m (panjang) x 3m (lebar) x 3m (tinggi)

icon-11.png

Tempoh Pembinaan di Tapak

  • 11-21 Julai 2022 (Arca perlu siap pada  12 tengahari, 21 Julai 2022)

  • Waktu 8 pagi – 7 petang (setiap hari)

icon-13.png

Bilangan Ahli Setiap Pasukan

  • Tiada had

icon-16.png

Subsidi Kepada Setiap Pasukan

  • RM2,500 setiap pasukan (untuk bahan-bahan pembinaan arca)

  • Jerami Padi akan dibekalkan

  • Bahan-bahan keperluan pembinaan lain seperti kayu, buluh dan sebagainya perlu dibekal oleh peserta sendiri

icon-18.png

Komposisi Bahan Binaan Arca (Kemasan luaran)

  • Sekurang-kurangnya 80% jerami padi

  • Maksima 20% bahan semulajadi (ranting, buluh, buah atau bijirin kering dsb)

Penyertaan Pertandingan

icon-11.png

8 Jun 2022 (Rabu), 11:59pm

Penghantaran Borang

TELAH DITUTUP

download-20.png

Muat Turun

Brosure dan Borang Pertandingan

email-22.png

Penghantaran

Borang Melalui emel

penangpaddyfestival@gmail.com

icon-12.png

Lokasi Tapak Pesta Padi

Kampung Terus

Penanti, Sebarang Perai

palm-leaves-shadow-beige-background.jpg

Terma & Syarat Pertandingan

  • Idea dan candangan reka bentuk mestilah asli dan bersesuaian dengan tema yang dicadangkan

  • Peserta perlu menghantar huraian konsep (maksima satu muka surat) kepada pihak penganjur

  • Perlu dipastikan bahawa arca yang dibina dapat bertahan di bawah cuaca panas, angin, hujan selama sekurang-kurangnya 2 minggu

  • Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kos perbelanjaan penginapan / lawatan tapak / makan minum / bahan pembinaan oleh pihak peserta sepanjang tempoh pertandingan kecuali jika dinyatakan.

  • Pihak penganjur berhak membuat pindaan dari masa ke semasa syarat-syarat penyertaan tanpa perlu memaklumkan kepada peserta terlebih dahulu.

  • Keputusan juri adalah muktamad dan pihak juri mempunyai kuasa untuk melucutkan kelayakan penyertaan sekiranya peserta tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Kriteria Penjurian

Kreativiti (30%):

  • Penampilan konsep dan kesesuaian dengan tema

 

Workmanship / Hasil Kerja (20%)

  • Kesesuaian pengguna bahan campuran      (Jerami bahan semulajadi lain)

  • Kehalusan dan kemasan arca

 

Penampilan (20%)

  • Dinilai dari sudut pandangan keseluruhan

  • Penampilan keseluruhan berpadukan konsep dan arca yang dibina

 

Ketahanan Struktur Arca (20%)

  • Ketahanan dibawah cuaca panas, angin, hujan

  • Tamparan jerami yang kukuh

 

Bonus (10%)